GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Rizal Abdullah


HANYA kerana disyaki curang, wanita lebam pada muka dan leher selepas ditampar serta dicekik suaminya di rumah mereka di Krokop, Miri, semalam.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa berusia 30-an didakwa dibelasah selepas enggan memberikan telefon kepada suaminya.

Sumber memberitahu NSTP, kejadian berlaku apabila suami mangsa berusia 30-an meminta mangsa menyerahkan telefon kerana mangsa didakwa curang.

"Mangsa menafikan perkara itu dan enggan menyerahkan telefon berkenaan. Keadaan itu mengakibatkan suami mangsa berang lalu membelasah mangsa. Tidak tahan diperlakukan sedemikian, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri berhubung kejadian itu. Mangsa mendakwa kejadian itu bukan pertama kali, tetapi sering berlaku sebelum ini," katanya

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Ogos 2018 @ 7:17 PM