ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah di Kampung Taee, Serian yang didiami enam sekeluarga. FOTO Ihsan JBPM.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah di Kampung Taee, Serian yang didiami enam sekeluarga. FOTO Ihsan JBPM.
Melvin Joni


Serian: Sebuah keluarga di Kampung Taee, di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 11.14 pagi, dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dan BBP Siburan ke lokasi.

Katanya setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati rumah yang didiami enam beranak itu sudah terbakar 90 peratus.

"Dilaporkan semasa kejadian, tiada penghuni berada di dalam rumah terbabit.

"Anggota BBP Serian memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera dan dari pili berdekatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.58 tengah hari.

Katanya kejadian juga tidak membabitkan kematian dan kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2022 @ 5:17 PM