Keadaan rumah didiami sembilan sekeluarga di Kampung Lubuk Buaya, Mukim Kedawang, Langkawi, yang musnah terbakar malam tadi. - Foo Ihsan Pembaca ROSHIDI IBRAHIM
Keadaan rumah didiami sembilan sekeluarga di Kampung Lubuk Buaya, Mukim Kedawang, Langkawi, yang musnah terbakar malam tadi. - Foo Ihsan Pembaca ROSHIDI IBRAHIM
Hamzah Osman


Langkawi: Sembilan sekeluarga di Kampung Lubuk Buaya, Mukim Kedawang, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 12.45 tengah malam itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.58 tengah malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 17 minit kemudian.

Katanya, dua pegawai bersama 17 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi berserta tiga jentera termasuk jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian.

Nur Hafizah berkata, api dapat dikawal pada 1.58 pagi dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2017 @ 9:07 AM