Anggota bomba membawa keluar mayat. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba membawa keluar mayat. FOTO ihsan bomba
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam parit di Batu 16, Kampung Melayu, Jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, S Kartigen, 29, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang Honda EX5 dari arah kebun kelapa sawit ke pekan Ayer Tawar.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di kiri jalan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 11:23 AM