Conte tidak mampu pertahan kehendak Hazard dan Costa. FOTO REUTERS/AFP
Conte tidak mampu pertahan kehendak Hazard dan Costa. FOTO REUTERS/AFP
The Sun

London: Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan tamparan hebat bernilai £200j(RM1.1 bilion) selepas Eden Hazard dan Diego Costa berhasrat meninggalkan kelab London itu musim depan.

Kelab gergasi Sepanyol Real Madrid dikatakan semakin yakin mendapatkan khidmat Hazard dengan perpindahan mencatat rekod dunia £100j (RM551 juta) selepas menjadikan perancang Belgium itu sasaran utama.

Pemain Sepanyol Costa pula sering memberitahu rakan rakannya dia tidak suka dengan cuaca sejuk Inggeris kerana ia membuatnya ‘mengetap gigi’.

Chelsea tidak berhajat menaikkan gaji Costa, 28 mahu pun Hazard.

Bagaimanapun pasukan diletakkan selaku calon juara EPL musim ini terpaksa juga membelanjakan £200 (RM1.1 bilion) untuk menggantikan dua pemain terbabit dengan kualiti yang sama.

Madrid yakin Hazard mahu berhijrah ke Bernabeu biarpun kontraknya masih berbaki tiga tahun dengan nilai £200,000 (RM1.1 juta seminggu).

Presiden kelab Real Madrid Florentino Perez juga berhasrat mendapatkan seorang lagi Galactico musim panas ini.

Pengurus Blues Antonio Conte berkata dia tidak dapat mengekalkan pemainnya agar terus berada di Stamford Bridge kerana Real sedia menawarkan £300,000 (RM1.7 juta seminggu).

Hazard dijangka sedia pergi malah Costa dengan gaya kerasnya yang tersendiri juga mahu berhijrah dengan alasan cuaca England tidak cukup matahari.

Dengan gaji sebanyak £250,000 (RM1.4 juta seminggu) kelab China, Tianjin Quanjian mampu menawarkan cuaca lebih hangat sub tropika dengan suhu musim panas melebihi 40 celcius.

Sumber memberitahu: “Diego suka barbeku. Ia antara sebahagian daripada cara hidup di Madrid dengan cuacanya lebih menjamin keselesaan apabila berada di luar rumah.

“Rumahnya tidak jauh daripada stadium Chelsea (Stamford Bridge) dan dia tidak mempunyai taman atau kawasan yang luas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2017 @ 12:53 PM