Chelsea mahu Hazard terus berada di London. FOTO REUTERS
Chelsea mahu Hazard terus berada di London. FOTO REUTERS
Daily Mail

CHELSEA terus memberi tekanan dengan tawaran lumayan untuk menyakinkan Eden Hazard agar mempersetujui kontrak baru.

Kelab Stamford Bridge itu sudah memperbaharui perjanjian pemain Belgium itu sebagai keutamaan dalam usaha merombak semula skuad pada musim panas.

Hazard, 27 mempunyai kontrak bersama kelab sehingga 2020.

Pemain Belgium dianggar bernilai £200j (RM1 bilion) itu ditawar kontrak baru sekitar £300,000 (RM1.6 juta) seminggu termasuk bonus.

Hazard menjadi sasaran perpindahan bersama pemain Bayern Munich, Robert Lewandowski dan rakan senegara serta sepasukan Hazard, Thibaut Courtois untuk dibawa ke Real Madrid tetapi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mahu dua pemain terbabit kekal berada bersama mereka.

Hazard berulang kali mengatakan dia gembira di Chelsea biarpun difahamkan masih menunggu apa mampu ditawarkan oleh Madrid.

Jurulatih kelab gergasi Sepanyol itu Zinedine Zidane adalah peminat sentiasa mengikuti perkembangan Hazard.

Bagaimanapun kedudukan pengendali dari Perancis itu terancam musim ini yang pasti akan menjejaskan keputusan prestasi skuad Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2018 @ 12:29 PM