BATSHUAYI mendapat julukan ‘Batsman.’ - FOTO Agensi
BATSHUAYI mendapat julukan ‘Batsman.’ - FOTO Agensi
AFP

MICHY Batshuayi berhasrat memperbaiki rekod jaringan tetapi penyerang itu perlu terlebih dahulu meyakinkan pengurus Chelsea, Frank Lampard sebelum tersenarai dalam kesebelasan utama.

Pemain antarabangsa Belgium itu menjaringkan lapan gol untuk kelab dan negaranya musim ini tetapi gagal membarisi kesebelasan utama walaupun satu perlawanan dalam aksi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Chelsea berkunjung ke Valencia pada awal pagi Khamis, kelab Batshuayi yang beraksi secara pinjaman antara Ogos 2018 sehingga Januari 2019 tetapi hanya menjaringkan tiga gol.

Chelsea bakal mara ke peringkat kalah mati Liga Juara- Juara jika menang tetapi Batshuayi pasti mengharapkan tuah kali ini.

Pemain yang mendapat julukan 'Batsman' menyertai Chelsea dengan harga £33 juta (RM178 juta) dari kelab Perancis, Marseille pada 2016 yang juga pemain pertama dibeli pengurus Antonio Conte berdasarkan reputasinya yang memiliki sentuhan penyudah berbisa.

Tetapi dia hanya berperanan sebagai pemain kedua di belakang penyerang, Diego Costa dan Alvaro Morata di Stamford Bridge dan pemain berusia 26 tahun itu dipinjamkan ke

Borussia Dortmund, Valencia dan Crystal Palace.

Perpindahan Eden Hazard ke Real Madrid pada Jun tampak membuka peluang kepada Batshuayi tetapi dibayangi penyerang muda England, Tammy Abraham yang semakin menyengat bersama Chelsea.

Di sebalik keinginan Batshuayi memburu jaringan, Lampard lebih gemar memberikannya peranan pemain gantian berkaliber sehingga mencetuskan spekulasi namanya tersenarai dalam perpindahan pada Januari depan.

Tetapi pemain Belgium itu menegaskan kecintaannya terhadap kelab itu walaupun diselebungi kekecewaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 November 2019 @ 12:07 PM