ANGGOTA keselamatan membuat siasatan di gereja Mar Girgis di Tanta, 90km di utara Kaherah. FOTO EPAKHALED ELFIQI
ANGGOTA keselamatan membuat siasatan di gereja Mar Girgis di Tanta, 90km di utara Kaherah. FOTO EPAKHALED ELFIQI
Agensi

Kaherah: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di gereja di Iskandariah, hari ini, beberapa jam selepas 25 orang mati dalam satu lagi serangan di gereja lain di Mesir.

Kementerian Kesihatan berkata, 35 orang cedera dalam letupan di gereja di Saint Mark, tempat Paderi Kristian Koptik Tawadros II turut menghadiri perhimpunan sempena sambutan Palm Sunday.

Seorang pegawai berkata, Tawadros meninggalkan gereja itu sejurus sebelum letupan.

Terdahulu, dalam serangan di gereja di Tanta, utara Kaherah, 25 orang maut dan puluhan lagi cedera, dalam serangan yang turut menyasarkan penganut Kristian Koptik Mesir.

Koptik Mesir mewakili 10 peratus penduduk Mesir yang berjumlah lebih 92 juta orang. Mereka menjadi sasaran serangan militan sejak beberapa bulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2017 @ 8:48 PM