FOTO Mohd Jamilul Anbia Md Denin
FOTO Mohd Jamilul Anbia Md Denin
ORANG AWAM membantu menarik babi hutan yang menjadi punca kemalangan di Lebuhraya PLUS susur keluar Plaza Tol Rawang Selatan, petang semalam. FOTO Mohd Jamilul Anbia Md Denin
ORANG AWAM membantu menarik babi hutan yang menjadi punca kemalangan di Lebuhraya PLUS susur keluar Plaza Tol Rawang Selatan, petang semalam. FOTO Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Mohd Jamilul Anbia Md Denin


Rawang: Tiga sekeluarga nyaris maut sejurus kereta dinaiki gagal mengelak lalu merempuh seekor babi hutan dewasa yang meluru masuk ke laluan Lebuhraya PLUS di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang semalam, babi hutan seberat lebih 100 kilogram itu dikatakan berlari ke tengah lebuh raya berhampiran kilometer 446, susur keluar Plaza Tol Rawang Selatan.

Saksi kejadian, Zulkifli Daud, 45, berkata, kereta Proton Saga FLX dinaiki tiga sekeluarga dari arah utara tidak sempat mengelak sebelum melanggar babi hutan itu.

Menurutnya, pelanggaran itu mengakibatkan kereta itu hilang kawalan sebelum memasuki laluan kanan lebuh raya.

“Sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah sama kemudian merempuh belakang kereta Proton Saga itu.

“Seorang wanita warga emas yang berada ditempah duduk belakang kereta Proton Saga itu bagaimanapun terselamat,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan haiwan liar itu mati serta merta akibat kecederaan parah di perut.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian itu bertindak membantu mengheret babi hutan itu ke bahu lebuh raya selepas mendapati kesesakan lalu lintas berlaku sepanjang lebih satu kilometer,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2017 @ 3:55 PM