Akbarjon Djalilove, 22, berasal dari  Kyrgyzstan yang disyaki melakukan serangan bom dalam kereta api bawah tanah di St Petersburg semalam.
Akbarjon Djalilove, 22, berasal dari Kyrgyzstan yang disyaki melakukan serangan bom dalam kereta api bawah tanah di St Petersburg semalam.
AFP

Moscow: Seorang lelaki Kyrgyzstan dikenal pasti sebagai penyerang yang menyebabkan letupan dalam kereta api bawah tanah di St Petersburg, Russia, semalam, yang menyebabkan 14 terbunuh, manakala lebih 50 lagi cedera.

Jurucakap perkhidmatan keselamatan Kyrgyzstan mengesahkan lelaki berkenaan, Akbarjon Djalilove, 22, berasal dari negara bekas Soviet itu sebelum mendapat kerakyatan Russia.

pqc

Keadaan dalam gerabak kereta api bawah tanah.
Keadaan dalam gerabak kereta api bawah tanah.

Lelaki itu juga meletakkan satu lagi bom di belakang alat pemadam api dalam gerabak namun bom berkenaan tidak meletup.

Pihak berkuasa Russia menyiarkan gambar rakaman CCTV suspek menunjukkan dia memakai jaket merah, berkaca mata dan membawa beg sandang di stesen kereta api.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 April 2017 @ 6:11 PM