FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Dua penuntut UMS maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke pembahagi jalan sebelum merempuh pokok di Jalan Tun Fuad Stephen, dekat Stadium Likas, di sini, awal pagi ini.

Pemandu, Mohd Haidil Amdran, 23, dan penumpang, Nur Azlina Tan Lian Chew, 22, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan pada 2.41 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Geogre Abdul Rakman, berkata ketika kejadian kereta itu dari arah pusat bandar raya menuju ke UMS.

pqc

FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pemandu dikatakan menukar lorong ke kiri dan memotong sebuah kenderaan lain di hadapan.

"Selepas memotong, pemandu menukar lorong ke kanan dan tiba-tiba terbabas ke pembahagi jalan dan melanggar pokok menyebabkan pemandu dan penumpang tersepit.

pqc

FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli

"Kedua-dua mangsa yang tersepit kemudian dikeluarkan sepasukan anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Likas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Geogre berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2017 @ 10:09 AM