FOTO Fariz Iswadi Ismail
FOTO Fariz Iswadi Ismail
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Dua puluh tiga pasang pengantin selamat diijab kabul dalam majlis perkahwinan beramai-ramai 'Mega Wedding', di Masjid Putra, di sini, hari ini.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Qistina Avenue Event Management Sdn Bhd dan Mahligai Impian Wedding and Events.

Ia adalah kali kedua dianjurkan selepas melihat kejayaan pada penganjuran kali pertama pada Oktober tahun lalu.

pqc

FOTO Fariz Iswadi Ismail
FOTO Fariz Iswadi Ismail

Kesemua pasangan mula berhimpun di Masjid Putra, pada kira-kira 8 pagi, sebelum urusan akad nikah selesai pada 12 tengah hari.

Pasangan dinikahkan empat jurunikah diketuai Ketua Jurunikah, Hazaruddin Baharuddin; Imam Besar Masjid Putra, Datuk Abdul Manaf Mat; Hasil Othman dan Mohamad Nordin Abu Samah.

Wakil Mahligai Impian Wedding and Events, Noor Mazidah Abd Majid berkata, setiap pasangan dikenakan caj RM7,000 untuk pakej perkahwinan meliputi pelbagai perkara termasuk makanan, fotografi, pelamin, pakej Cruise Tasik Putrajaya, kad kahwin dan penginapan di Hotel Shangri-La Putrajaya.

"Pasangan yang dinikahkan berusia antara 19 hingga 40 tahun. Program kemudian akan di Marina Putrajaya dengan konsep persandingan bertemakan Perkahwinan Taman di Tepi Tasik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 April 2017 @ 2:04 PM