Ab Rahman meninggal dunia petang tadi. FOTO arkib Harian Metro
Ab Rahman meninggal dunia petang tadi. FOTO arkib Harian Metro
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada 3.45 petang, hari ini.

Beliau yang berusia 59 tahun dimasukkan ke IJN sejak Jumaat lalu akibat serangan jantung dan menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri serta keluarga.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan, Superintendan Shaikh Azhar Shaikh Omar berkata, jenazah Dr Ab Rahman akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Badak, Bachok.

Dr Ab Rahman mula menjawat jawatan Ketua Polis Kelantan sejak 18 Julai tahun lalu.

Beliau menggantikan jawatan Datuk Mazlan Lazim yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 4:38 PM