Jenazah Allahyarham Ab Rahman disembahyangkan di Masjid An-Nur Mukim Badak, Melawi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, Bachok. FOTO FATHIL ASRI
Jenazah Allahyarham Ab Rahman disembahyangkan di Masjid An-Nur Mukim Badak, Melawi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, Bachok. FOTO FATHIL ASRI
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Bachok: Jenazah Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, di sini, pada 9.20 pagi tadi.

Jenazah beliau terdahulu disembahyangkan lebih 1,000 jemaah termasuk ahli keluarga, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung di Masjid Naim, Jelawat dan Masjid An-Nur Mukim Badak, Melawi, di sini.

Turut hadir solat jenazah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Jenazah beliau kemudian diiringi isterinya, Datin Che Nat Hassan, 59, anakmdan cucu ke tanah perkuburan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Allahyarham yang berusia 59 tahun meninggal dunia pada 3.45 petang semalam akibat masalah jantung dan komplikasi buah pinggang di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Jelawat dan tiba pada 4.30 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 11:12 AM