MAYAT mangsa ditemui tertiarap di dalam semak. FOTO ihsan polis
MAYAT mangsa ditemui tertiarap di dalam semak. FOTO ihsan polis
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Sarikei: Polis tahan tiga lelaki hari ini dipercayai terbabit dalam pembunuhan lelaki yang mayatnya ditemui hampir reput di ladang kelapa sawit di Ulu Sungai Enseluai, di sini, 15 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, semua suspek berusia antara 28 hingga 37 tahun ditahan di rumah panjang di Sungai Entebu Sari dan Sungai Sentebu di sini di antara 2 petang hingga 6.30 petang tadi.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Jampong Jon, 52, ditikam suspek menggunakan pisau selepas bertengkar sebelum mayatnya dibuang di dalam semak.

Katanya, mayat mangsa ditemui dengan kaki kanannya hilang oleh pekerja ladang kelapa sawit 18 Mac lalu sebelum memaklumkan kepada polis.

"Dalam serbuan petang tadi juga polis menemui pisau yang digunakan dalam kejadian itu di rumah seorang daripada suspek.

"Semua suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 9:29 PM