FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Norsyazwani Nasri


Sarikei: Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai berdekatan rumah panjang Andrew di Jalan Bayong/Simpang Koko, Nanga Ribong, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu, Santa Ngali, 12, dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakannya di sungai berhampiran rumah panjang terbabit.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 5.16 petang.

"Difahamkan, ketika mandi dan berenang bersama rakan, mangsa dilaporkan hilang dipercayai dibawa arus sungai.

"Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei bergerak ke lokasi mangsa dilaporkan hilang bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR)," katanya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2020 @ 8:43 PM