Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat tersepit. FOTO Ihsan Bomba dan Polis
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat tersepit. FOTO Ihsan Bomba dan Polis
Mohd Rizal Abdullah


Sarikei: Lelaki berusia 33 tahun maut apabila lori muatan anak kelapa sawit dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Kilometer 18, Jalan Sarikei-Sibu, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, mangsa, Gawai Maling disahkan maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat pemandu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei Deputi Superintendan Dominic Josip Nyarui berkata, mangsa dipercayai hilang kawalan berikutan jalan licin.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan lori dipandu mangsa merempuh sebatang pokok sebelum terbalik.

“Mangsa tersepit tersepit di tempat pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya.

Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 6:14 PM