Kereta suspek yang berjaya dirakam pemberita sambilan. FOTO Ihsan Polis
Kereta suspek yang berjaya dirakam pemberita sambilan. FOTO Ihsan Polis
Nur Syazwana Mansor


Yan: Dua lelaki berusia 34 dan 48 tahun dicekup bersabit kes pecah kereta serta curi di Kampung Batu 23, Titi Serong, Jalan Yan, di sini, jam 3.30 petang semalam.

Difahamkan kejadian itu disedari seorang pemberita sambilan sebuah agensi di daerah ini yang bertindak merakam gambar kereta dan nombor pendaftarannya sebelum mengirimnya kepada polis menggunakan aplikasi WhatsApp untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhammad Halim Yatim suspek ditahan di dua lokasi berasingan di Sungai Petani susulan operasi dilakukan berdasarkan maklumat itu.

“Suspek pertama ditahan di Flat Paya Nahu, Taman Ria Sungai Petani pada jam 8.15 malam manakala suspek kedua di tepi jalan berhadapan Kedai Nasi Kandar Muhammad Maju, Taman Seruling, Jalan Bakar Sampah, Sungai Petani pada jam 9.30 malam.

“Pemeriksaan lanjut menemui beberapa barang curi dan hasil ujian air kencing juga mendapati mereka positif dadah syabu. Suspek kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2017 @ 4:24 PM