Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Muhammad Halim Yatim menyampaikan ucapan pada Sesi Dialog Jerai sambil diperhatikan Syeikh Zainul Mukhtar (dua kanan) dan Ketua Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar dan Pokok Sena, Mohd Shukri Hussain. FOTO Nur Syazwana Mansor

Nur Syazwana Mansor

Yan: Fahaman Syiah dan ajaran sesat mula dikesan diamalkan beberapa kelompok masyarakat di daerah ini.

Pegawai Agama Daerah Yan merangkap Ketua Penguatkuasaan Agama Daerah Yan, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin berkata, hasil maklumat daripada ahli kariah di beberapa kampung mendapati ada segelintir kelompok masyarakat mengamalkan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti Syiah dan ajaran sesat.

Menurutnya, pihaknya masih belum dapat mendedahkan lokasi kampung atau kariah terbabit kerana ia masih dalam peringkat siasatan.

"Kita sudah mengenal pasti lokasi serta individu terbabit di mana siasatan ini akan dilanjutkan ke peringkat negeri sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

"Setakat ini fahaman Syiah di daerah ini hanya diamalkan dalam kelompok ahli mereka saja terdiri daripada individu berusia 40 tahun ke atas namun tidak disebarkan secara meluas," katanya ketika ditemui selepas Sesi Dialog Jerai di Dewan Kompleks Pejabat Agama Daerah Yan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 5:23 PM