Sesuatu yang luar biasa boleh dilakukan de­ngan solekan.

Wanita ini mendedahkan dia bukan sahaja boleh mengubah wajah dari siang ke malam, tetapi daripada realiti ke fantasi gelap.

Joyce Spakman, 23, dari Hilversum, Belanda, merakam gambar yang luar biasa dengan memperagakan solekan yang menakjubkan-menggambarkan versi watak seperti pelawak Pennywise dan Alice in Wonderland.

Joyce belajar seni solek selama sembilan tahun sejak berusia 14 tahun, menghabiskan masa berjam-jam untuk menghasil­kan imej berkualiti tinggi.

"Saya mencuba mekap, bermula dengan mewarnakan lengan saya ketika di sekolah, seperti yang dilakukan pelajar lain.

"Apabila berusia 16 tahun, saya mengambil keputusan untuk belajar sepenuh masa di sekolah seni mekap di Amsterdam. Saya amat gembira menghabiskan masa di sana. Menerusi kursus itu, minat saya terhadap seni solek juga bertambah.

"Kini saya menghasil­kan fesyen pakaian kepala, pakaian tidak berjahit, latar belakang fotografi dan sebagainya. Saya menghabiskan banyak masa untuk kerja seni saya dan secara jujur saya katakan, ia memberi banyak tekanan.

"Biasanya, fotografi bertema mempunyai pendandan rambut, jurugambar dan artis mekap sendiri, tetapi saya melakukan segala-galanya seorang diri, tanpa keleng­kapan fotografi profesional.

"Tetapi, akhirnya saya berasa amat puas kerana melakukan segalanya sendiri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 4:39 AM