Joyce (kiri) bersama rakannya, Tyson Fury. FOTO Agensi
Joyce (kiri) bersama rakannya, Tyson Fury. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Pencabar kategori heavyweight, Joe Joyce mahu berdepan Tyson Fury pada Februari depan jika juara dunia WBC itu tidak bersetuju dengan syarat wajib menentang Dillian Whyte.

Malah Joyce memberitahu kepada petinju yang dikenali dengan gelaran Gypsy King bahawa jadualnya masih lapang ketika ini.

Joyce antara salah seorang petinju yang meningkat naik dalam divisyen itu selepas melakar permulaan dalam arena profesional tanpa tewas dengan menghalang petinju pilihan Daniel Dubois tahun lalu.

Ia diikuti keputusan knock out terhadap petinju berpengalaman, Carlos Takam pada musim panas.

Dia adalah rakan kepada Fury dan pernah berlatih dengannya sebelum ini.

Namun Joyce berkata ia tidak menghalang dirinya daripada berdepan Fury di gelanggang dengan pemburuan kejuaraan dunia dan berhasrat untuk mengatur pertarungan terbabit.

Joyce mendakwa dia sudah bersedia dan mengakui sangat menghormati Fury tetapi berharap lawannya dapat mempertimbangkan cabarannya itu.

Dia memuat naik kenyataan di Twitter: "Saya sangat hormat kepada Tyson Fury sebagai rakan dan juga pertarung tetapi jadual saya masih lapang pada Februari. Mari lakukannya!"

'The Juggernaut' - berada di ranking nombor satu pencabar dengan WBO dan pencabar nombor dua dalam WBC - dia terdesak membuktikan kemampuannya dan minggu lalu dia memuat naik di Twitter dengan menyatakan: "Saya akan dapat peluang itu! Ia hanya memerlukan sedikit masa lagi."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 1:36 PM