ZHANG mudah atasi cabaran Joyce.
ZHANG mudah atasi cabaran Joyce.
Reuters

London: Petinju heavyweight China Zhilei 'Big Bang' Zhang menewaskan jaguh Britain Joe Joyce dengan 'knock out' (KO) di pusingan ketiga dalam pertarungan ulangan di Arena Wembley awal pagi tadi.

Zhang yang berusia 40 tahun menjatuhkan lawannya berusia 38 tahun ke kanvas dengan tumbukan padu tangan kanan ke muka Joyce.

Joyce cuba bangkit tetapi terpaksa diberikan oksigen sebelum pengadil menghentikan pertarungan.

Zhang pemenang pingat perak Olimpik 2008 yang menjatuhkan Joyce di pusingan keenam April lalu di London Copper Box bakal menjadi pencabar juara WBO, IBO, IBF dan WBA dari Ukraine Oleksandr Usyk.

"Seperti saya katakan sebelum pertarungan, ia akan berakhir lebih awal daripada yang pertama, " kata Zhang yang kini memegang rekod 25 kemenangan, satu kekalahan dan sekali seri.

"Saya harap semua orang terhibur dengan persembahan saya," tambahnya lagi sebelum dia bertanyakan penonton sama ada mereka mahu melihat dia menentang Tyson Fury.

Jaguh Britain 'Gypsy King' Fury adalah pemegang tali pinggang heavyweight WBC dunia.

Joyce pula meninggalkan gelanggang tanpa menghadiri sesi temu ramah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2023 @ 11:07 AM