MODUL bagi kem motivasi itu dilaksanakan dengan cara yang interaktif supaya menarik minat peserta selain maklumat dapat disampaikan dengan cara efektif.
MODUL bagi kem motivasi itu dilaksanakan dengan cara yang interaktif supaya menarik minat peserta selain maklumat dapat disampaikan dengan cara efektif.
TENGKU Amir Shah turut membuat kunjung mesra pada program berkenaan selain memberi suntikan semangat kepada peserta.
TENGKU Amir Shah turut membuat kunjung mesra pada program berkenaan selain memberi suntikan semangat kepada peserta.
TENGKU Amir turut berkenan menjadi juri bagi pembentangan idea penubuhan kelab baru.
TENGKU Amir turut berkenan menjadi juri bagi pembentangan idea penubuhan kelab baru.
PELAJAR British turut terbabit sebagai fasilitator bagi menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan peserta Projek Kalsom.
PELAJAR British turut terbabit sebagai fasilitator bagi menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan peserta Projek Kalsom.
KEM anjuran The Kalsom Movement tidak hanya merangkumi modul akademik tapi turut mengetengahkan aspek kemahiran selepas sekolah dan pemantapan kendiri pelajar.
KEM anjuran The Kalsom Movement tidak hanya merangkumi modul akademik tapi turut mengetengahkan aspek kemahiran selepas sekolah dan pemantapan kendiri pelajar.
INISIATIF The Kalsom Movement turut membabitkan proses pemantapan kemahiran akademik serta bukan akademik dalam kalangan peserta.
INISIATIF The Kalsom Movement turut membabitkan proses pemantapan kemahiran akademik serta bukan akademik dalam kalangan peserta.
KREATIVITI peserta turut diasah melalui persembahan malam kebudayaan.
KREATIVITI peserta turut diasah melalui persembahan malam kebudayaan.
FASILITATOR sukarelawan Projek Kalsom terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di univerisiti luar dan dalam negara.
FASILITATOR sukarelawan Projek Kalsom terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di univerisiti luar dan dalam negara.
SERAMAI 214 pelajar terpilih membabitkan diri dalam Kalsom-MASCA Revisit Workshop 2017 (KMRW 2017) yang diadakan di Asia Camp, Kuala Kubu Bharu Selangor, baru-baru ini.
SERAMAI 214 pelajar terpilih membabitkan diri dalam Kalsom-MASCA Revisit Workshop 2017 (KMRW 2017) yang diadakan di Asia Camp, Kuala Kubu Bharu Selangor, baru-baru ini.
Nor Hanisah Kamaruzaman


Menyambung pengajian di universiti antara kesempatan terbaik siswa menimba pelbagai pengalaman baru dan bukan sekadar memberi tumpuan pada pengajian semata-mata.

Berjumpa teman sepengajian baru, belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran berbeza serta mencuba sesuatu yang di luar rutin kebiasaan, memberi akses kepada golongan terbabit melaksanakan perubahan dengan dunia luar.

Apabila penulis melihat inisiatif sekumpulan bekas siswa Malaysia di London yang menubuhkan pergerakan bagi membantu golongan kurang berkemampuan supaya lebih bersemangat dan bermotivasi untuk belajar bersungguh-sungguh, ia amat mengagumkan.

Pertubuhan yang masih aktif hingga kini dan dikendalikan siswa baru di sana itu diberi nama The Kalsom Movement yang bermula sebagai Projek Kalsom pada 1993.

Idea penubuhan kumpulan itu dicetuskan siswa Malaysia di sana selepas membaca satu keratan akhbar di Malaysia mengenai kekurangan mereka di kawasan pedalaman termasuk dari segi pendidikan.

The Kalsom Movement diasaskan Datuk Abdul Rahman Mohd Redza dari London School of Economics bersama dua rakannya dari institusi sama iaitu Syahriman Baharom Shah dan Rizal Kahar serta dan Adlan Benan Omar dari University of Cambridge.

Pergerakan itu memulakan projek sukarelawan mereka bagi membantu siswa kurang berkemampuan dengan menjalankan kem motivasi bagi pelajar sekolah menengah pada 1994 di Jerantut, Pahang.

Kini, kem motivasi anjuran The Kalsom Movement berjaya diadakan di semua negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah pada 2015 dan Sarawak (2012) secara tahunan dengan berbeza negeri setiap tahun.

The Kalsom Movement mengumpul pelbagai pengiktirafan yang membanggakan, antaranya Malaysia Book of Record mengiktirafnya sebagai kem motivasi tertua di bawah kelolaan pelajar di Malaysia.

Ia turut menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan serta Education Malaysia, United Kingdom (UK) dan Ireland.

Pada 2011, Projek Kalsom didaftarkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan sebagai Kelab Belia Kalsom serta diiktiraf Rakan Muda.

Manakala Royal Commonwealth Society di UK juga memberi pengiktirafan dengan menghantar 10 fasilitator dari UK untuk menyertai program The Kalsom Movement ketika cuti musim panas sejak 2013.

Fasilitator yang dihantar itu terdiri daripada penuntut Universiti Bristol selepas kerjasama antara Commonwealth Society Bristol University dan The Kalsom Movement dimeterai.

The Kalsom Movement juga berkolaborasi dengan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di Australia (MASCA) menganjurkan Kalsom-MASCA Revisit Workshop 2017 (KMRW 2017) di Asia Camp, Kuala Kubu Bharu, Selangor, baru - baru ini.

Program tiga hari itu membabitkan penyertaan 214 pelajar tingkatan lima daripada 12 sekolah sekitar Selangor.

KMRW 2017 adalah salah satu inisiatif The Kalsom Movement bagi membanteras ketidaksamarataan pendidikan selain memberi pendedahan dan inspirasi mengenai kepentingan pendidikan.

Ia adalah kesinambungan Kem Motivasi Projek Kalsom 22 yang diadakan di Selangor Julai tahun lalu dan masih mengekalkan empat teras The Kalsom Movement iaitu memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris dan memantapkan kemahiran akademik serta bukan akademik.

Pengarah Projek KMRW 2017 Revisit Syahirah Elias berkata, aktiviti yang dijalankan pada kem itu bercirikan akademik selain merangkumi aspek kemahiran selepas sekolah dan pemantapan kendiri pelajar.

“Terdapat empat modul utama yang menjadi inti pati pengisian KMRW 2017 antaranya modul bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan alam selepas persekolahan.

“Ia memberi pendedahan mengenai peluang pendidikan selepas sekolah menengah kepada pelajar dan menerapkan semangat Kalsom dalam kalangan setiap individu terbabit,” katanya.

Bertemakan ‘Aspiring Youth’, kem susulan itu mengumpulkan pelajar sama menyertai Kem Motivasi Projek Kalsom 22 untuk dilawat semula fasilitator bagi membantu mempersiapkan diri menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM).

Program berkenaan turut mendapat perhatian Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin yang turut berkenan turun padang dan membuat kunjungan mesra.

Syahirah berkata, Tengku Amir turut menyertai satu sesi perbincangan yang mengajak peserta untuk berbincang secara aktif dalam suasana santai selain berkongsi idea berkenaan langkah penubuhan kelab baru.

“Baginda turut terbabit selaku juri bagi menghakimi idea penubuhan kelab baru yang dijalankan bertujuan memupuk kemahiran kepemimpinan dalam kalangan peserta.

“Kehadiran Tengku Amir ternyata menaikkan lagi semangat peserta dalam menyuarakan pendapat dan pada masa sama meningkatkan tahap keyakinan diri mereka.

“Keyakinan peserta semakin bertambah terutama dalam membentangkan idea dan itu adalah kualiti yang ingin diterapkan ke dalam diri peserta sejajar dengan tujuan pelaksanaan program,” katanya.

Seramai 64 sukarelawan membabitkan diri dalam program itu yang bertugas sebagai fasilitator serta jawatankuasa pelaksana program.

The Kalsom Movement berjaya memberi inspirasi kepada lebih 4,000 pelajar seluruh Malaysia dan semakin dikenali ramai menerusi usaha mereka itu.

Bantuan kewangan diperlukan The Kalsom Movement bagi menjayakan semua inisiatif termasuk Program Pemantapan Bahasa Inggeris (untuk kanak-kanak sekolah rendah) dan Program Keusahawan dan Inovasi yang fokus kepada pelajar kurang berkemampuan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 11:32 AM