BERSAMA melakukan senamrobik.
BERSAMA melakukan senamrobik.
MELUKIS mural sebahagian aktiviti diadakan sepanjang program berlangsung.
MELUKIS mural sebahagian aktiviti diadakan sepanjang program berlangsung.
MENGABADIKAN kenangan .
MENGABADIKAN kenangan .
Ruhaiza Rusmin


Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyertai program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) - Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Berbakti, di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), baru-baru ini

Program julung kali itu diadakan bersempena seminar Memperkasakan Amalan Terbaik SUKSIS universiti awam (UA) 2017 disertai 600 peserta mewakili 20 UA, bermula dan berakhir di Dewan Ilmu UniMAP.

Melalui USR, peserta berpeluang berkongsi amalan terbaik projek kesukarelaan yang pernah dianjurkan UA bersama pihak korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan bagi mewujudkan kerjasama pintar melaksanakan program berbentuk tanggungjawab sosial.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Tuanku Canselor UniMAP turut menyertai senamrobik bersama peserta selain berkenan menyampaikan zakat Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs ) kepada 30 asnaf terpilih di surau Kampung Rambai, Padang Siding, dekat Arau.

Turut diadakan, aktiviti membuat lukisan mural di sebuah jambatan, memberi motivasi kepada 150 pelajar Sekolah Menengah Tunku Budriah serta mengecat dan membersihkan sebuah rumah asnaf terpilih di Arau.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 11:26 AM