Antara kereta yang dihempap pokok tumbang di Jalan Awan Makmur, Taman OUG Square, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Antara kereta yang dihempap pokok tumbang di Jalan Awan Makmur, Taman OUG Square, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Tiga kereta remuk selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Awan Makmur, Taman OUG Square, di sini, 5.45 petang tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian.

Katanya, enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil ke lokasi bagi memberi bantuan.

"Setibanya anggota di lokasi pada 6 petang, didapati terdapat pokok besar tumbang dan menghempap tiga kereta.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut berada di lokasi bagi kerja mengalihkan pokok tumbang," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 8:13 PM