LOKASI kejadian. FOTO ihsan Bomba
LOKASI kejadian. FOTO ihsan Bomba
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Lelaki maut tersepit manakala dua rakannya parah selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar tembok berhampiran Viva Homes Centre, Taman Miharja, di sini, 8.45 malam tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada 8.56 malam.

Katanya, 15 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Hang Tuah dikerahkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa berusia 30-an tersepit di dalam keretam anakala dua individu lain yang turut menaiki kenderaan berkenaan sudah dikeluarkan.

"Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit mamun dia disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans yang tiba di lokasi.

"Mayat bersama dua rakannya yang parah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukriz untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 10:54 PM