Tiga kereta rosak dihempap kaca dari tingkat atas bangunan Platinum Sentral. - Foto Ihsan Bomba
Tiga kereta rosak dihempap kaca dari tingkat atas bangunan Platinum Sentral. - Foto Ihsan Bomba
Norizuan Shamsuddin


Kuala Lumpur: Tiga kenderaan rosak dihempap kaca yang jatuh dari tingkat atas bangunan Platinum Sentral di sini, hari ini.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata, dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada 1 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai di sini, dikerah ke lokasi bagi pemantauan.

"Anggota yang tiba di lokasi mendapati tiga kenderaan membabitkan yang rosak dihempap kaca dari tingkat atas bangunan terbabit.

"Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan kecederaan dan kerja pembersihan dilakukan pihak pengurusan bangunan," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2016 @ 12:01 AM