Banjir sekitar Kuala Lumpur berikutan hujan lebat petang tadi. - Foto Ihsan Bomba
Banjir sekitar Kuala Lumpur berikutan hujan lebat petang tadi. - Foto Ihsan Bomba
Pondok pengawal di Jalan Sri Hartamas 17 yang dihempap pokok. - Foto Ihsan Bomba
Pondok pengawal di Jalan Sri Hartamas 17 yang dihempap pokok. - Foto Ihsan Bomba
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan dahan pokok patah di Jalan Pantai Baru serta banjir di  Jalan Semantan, petang tadi. - Foto HAFIZ SOHAIMI/HALIM SALLEH
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan dahan pokok patah di Jalan Pantai Baru serta banjir di Jalan Semantan, petang tadi. - Foto HAFIZ SOHAIMI/HALIM SALLEH
Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima 38 kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara susulan hujan lebat dan angin kencang petang tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, PgKB II Samsol Maarif bin Saibani berkata, kejadian menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan namun tidak membabitkan kecederaan.

Menurutnya, antara kejadian pokok tumbang yang dilaporkan ialah di Jalan Telawi, Jalan Pantai Baharu, Taman Evergreen, Batu 4 Jalan Klang Lama dan Bukit Jalil.

"Satu kes pokok tumbang berlaku di Jalan Sri Hartamas 17 hingga menghempap sebuah pondok pengawal.

"Selain itu, beberapa rumah juga dilaporkan rosak di bahagian bumbung akibat angin kencang," katanya.

Samsol berkata, hujan lebat sejak petang tadi juga menyebabkan beberapa laluan di ibu negara dinaiki air.

"Antara kawasan yang terjejas ialah Jalan Kemuja Bangsar, Jalan Pantai Baharu, laluan dari KL Sentral ke Hotel The St Regis dan Jalan Khidmat Usaha.

"Keadaan itu menyebabkan kesesakan teruk berikutan berlaku pada waktu puncak namun air surut sepenuhnya dua jam kemudian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2016 @ 9:04 PM