Anggota bomba menjalankan pemeriksaan keadaan rumah pangsa yang terbakar. FOTO Hamzah Osman
Anggota bomba menjalankan pemeriksaan keadaan rumah pangsa yang terbakar. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Sebuah rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Dahlia, di sini, musnah 70 peratus dalam kebakaran jam 9 pagi, tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, empat pegawai bersama 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi berserta tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dapati kebakaran membabitkan sebuah rumah pangsa di tingkat satu.

Beliau berkata, api dikawal pada jam 9.21 pagi dan operasi ditamatkan satu setengah jam kemudian.

"Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan serta tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya yang dihubungi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 3:35 PM