FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Azahar Hashim


Kulim: Sebuah kilang kitar semula bahan buangan berjadual di Padang Meha, di sini, terbakar jam 9.30 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 9.33 pagi dan tiba ditempat kejadian 18 minit kemudian.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terbabit adalah BBP Kulim Hi Tech dan BBP Kulim dengan kekuatan pegawai dan anggota seramai 19 orang dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela seramai 27 orang.

"Kilang itu musnah 70 peratus dan api berjaya dikawal jam 10.45 pagi tadi.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan namun tiada kehilangan jiwa dilaporkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 1:14 PM