KAPTEN Mohd Firdaus Faisal Mohamad melihat operasi memembawa Mohd Azmi menggunakan bakul pengangkat di Teluk Bengal, pada 13 Februari. FAIL Syarafiq Abd Samad
KAPTEN Mohd Firdaus Faisal Mohamad melihat operasi memembawa Mohd Azmi menggunakan bakul pengangkat di Teluk Bengal, pada 13 Februari. FAIL Syarafiq Abd Samad
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Mengemudi bahtera Misi Food Flotilla For Myanmar adalah pengalaman paling sukar dilupakan kapten Nautical Aliya, Mohd Firdaus Faisal Mohamed.

Katanya, peristiwa paling sukar untuk luput daripada ingatannya ialah apabila

ketika membawa naik Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid menggunakan bakul pengangkat dari kapal tentera Bangladesh ke Nautical Aliya.

Katanya, sepanjang 21 hari pelayaran, bermula 3 Februari lalu, ia memberikan pengalaman baru buat dirinya sejak bergelar kapten lebih sepuluh tahun lalu.

Menurutnya, keadaan cuaca yang baik ditambah kecekalan sukarelawan di atas kapal menjadi faktor Nautical Aliya dapat melengkapkan misi itu yang kini menjadi sejarah negara.

"Alhamdulillah, ini kali pertama saya mengemudi kapal untuk misi seperti ini dan ia begitu lancar.

“Sebelum ini, saya pernah membawa kapal sehingga ke Russia dan melalui pelbagai cabaran. Tetapi, misi ini sangat isimewa," katanya pada sesi Teh Tarik perkongsian pengalaman flotilla, di sini.

Turut hadir, Bendahari Kelab Putera1 Malaysia, Datuk Mutalif Rahim dan Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan, Mohd Asrol Md Jailani bersama 30 sularelawan misi turut sama di atas Nautical Aliya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 12:37 AM