Kerajaan Bangladesh beri jaminan perlindungan kepada Nautical Aliya. FOTO arkib NSTP
Kerajaan Bangladesh beri jaminan perlindungan kepada Nautical Aliya. FOTO arkib NSTP
Yusmizal Dolah Aling


Cox's Bazar: Bangladesh memberi jaminan perlindungan 24 jam kepada Nautical Aliya sepanjang berada di perairan Cox's Bazar.

Komitmen itu dinyatakan Kapten Tentera Laut Bangladesh Mohamad Nizamul Haq yang berada di atas kapal ini jam 1.30 petang waktu Malaysia untuk bertemu dengan penganjur Food Flotilla For Myanmar.

"Sehingga kini, ada dua kapal tentera laut dan dua kapal peronda berada di sekeliling Nautical Aliya dan ada tiga lagi tentera akan tiba petang nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihak berkuasa Bangladesh memberi cadangan supaya menggunakan kapal pengangkut untuk membawa barangan ke Cox's Bazar.

Buat masa ini, Nautical Aliya berlabuh di perairan ini sejak 10 pagi tadi sementara menunggu kebenaran mendapatkan visa ketibaan (VOA) dijangka diketahui dalam tempoh satu hingga dua jam lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 3:37 PM