Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan : Seorang pekerja putus kaki kanan dan tangan kanannya hancur selepas diserang buaya di taman buaya, Batu 8, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkara, siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pekerja sambilan di taman berkenaan.

€œMangsa seorang pekerja kontrak bahagian pertunjukan burung dilihat menuju ke bahagian kolam pertunjukan buaya sambil membawa bangkai ayam sebagai makanan reptilia berkenaan.

€œSelepas memberi makan, mangsa kemudian menggosok bahagian hidung buaya yang membuatkan haiwan itu berang lalu menyambar mangsa.

“€œSaksi yang berada di tempat kejadian bertindak menghalau buaya tersebut dan akhirnya mangsa dilepaskan daripada gigitan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke HDOK Sandakan manakala siasatan lanjut masih diteruskan berhubung kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 5:56 PM