IBRAHIM  menyerahkan Ikrar Bebas Rasuah kepada Dzulkifli pada majlis Ikrar Bebas Rasuah. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
IBRAHIM menyerahkan Ikrar Bebas Rasuah kepada Dzulkifli pada majlis Ikrar Bebas Rasuah. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menjadi agensi kerajaan keenam yang menandatangani majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis ikrar berkenaan disaksikan sendiri oleh Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syari'e JKSM, Tan Sri Dr Ibrahim Lembut dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad di sini, hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, JKSM mencatat sejarah dengan menjadi badan kehakiman pertama di Malaysia yang berani menyahut seruan SPRM dengan mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) berkenaan.

Menurutnya, beliau amat berbesar hati dan berbangga kerana menjadi saksi kepada keterbukaan dan ketelusan institusi kehakiman syariah negara ini di bawah kelolaan JKSM untuk menandatangani IBR itu.

"Atas dasar itu, saya bagi pihak SPRM, dengan penuh rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh warga JKSM serta institusi kehakiman syariah Malaysia di atas pencapaian ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 5:17 PM