Norasikin Daineh


Papar: Kertas siasatan tragedi bot katamaran yang karam di perairan Sabah 28 Januari lalu, sudah siap dan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, polis selesai merakam percakapan semua pihak yang terbabit dalam nahas itu, termasuk 20 pelancong China serta saksi.

Sebahagian daripada 20 pelancong China sudah pulang ke negara mereka, sebilangan lagi masih menerima rawatan di sini.

“Polis sudah merakam percakapan semua 20 pelancong China itu menggunakan jurubahasa," katanya selepas melawat Dataran Kawad Ibu Pejabat Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, bot katamaran membawa 28 pelancong China bersama tiga kru bot karam di perairan Mengalum. Setakat ini 26 mangsa dijumpai termasuk empat yang maut dan Operasi

Mencari dan Menyelamat (SAR) lima lagi mangsa masuk hari ke-12 hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 2:37 PM