Norasikin Daineh


Kota Kinabalu: Seramai 20 pelancong warga China yang menjadi mangsa bot karam dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berkata, keadaan semua mangsa stabil dan mereka berasal dari pelbagai wilayah di republik itu.

"Saya tidak dapat ulas lebih lanjut namun setakat ini, sebahagian keluarga sudah dimaklumkan mengenai keadaan mangsa," katanya ketika ditemui di sini tadi.

Dalam kejadian itu, sebuah bot pelancong Katamaran yang membawa 28 pelancong dan tiga kru dilaporkan hilang, Sabtu lalu di perairan Mengalum.

Seramai 20 pelancong bersama dua kru bot ditemui nelayan dalam keadaan selamat manakala tiga lagi meninggal dunia. Nasib enam lagi mangsa sehingga kini belum ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 1:15 PM
Pang ketika ditemui media. FOTO Mohd Nazllie Zainul
Pang ketika ditemui media. FOTO Mohd Nazllie Zainul