Rangka bot katamaran yang disiasat polis yang ditemui di perairan Membakut, Beaufort.
Rangka bot katamaran yang disiasat polis yang ditemui di perairan Membakut, Beaufort.
Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu: Polis Sabah mengesahkan penemuan satu rangka bot katamaran oleh sekumpulan nelayan di perairan Membakut, Beaufort, dekat sini, tengah hari semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din bagaimanapun berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada rangka bot berkenaan adalah bot katamaran yang karam bersama 31 kru dan pelancong China di Pulau Mengalum, 28 Januari lalu.

Beliau berkata, satu unit penyelam sudah dikerahkan ke perairan itu untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Analisis kan dilakukan ke atas rangka itu bagi memastikan sama ada ia adalah bot katamaran yang karam di Pulau Mengalum," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 11:40 AM