Mayat dibawa keluar dari Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu, pagi tadi.
Mayat dibawa keluar dari Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu, pagi tadi.
Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki di perairan Pulau Mamutik, pagi tadi, namun masih belum mengenalpasti identitinya untuk dikaitkan dengan kes bot karam di perairan Pulau Mengalum, 28 Januari lalu.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mayat ditemui terapung dengan keadaan berbaju-T dan berseluar pendek oleh sekumpulan nelayan tempatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika dihubungi enggan mengulas lanjut sama ada mayat itu adalah mangsa bot karam, Sabtu lalu.

"Kita sedang periksa," katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, sebuah bot pelancong katamaran yang membawa 28 pelancong dan tiga kru karam di perairan Mengalum.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2017 @ 3:55 PM