Sebahagian sukarelawan membantu menyediakan hidangan   pada misi Food Flotilla For Myanmar. FOTO Syarafiq Abd Samad
Sebahagian sukarelawan membantu menyediakan hidangan pada misi Food Flotilla For Myanmar. FOTO Syarafiq Abd Samad
Yusmizal Dolah Aling


Selat Melaka: Dua kali memasak di atas Mavi Marmara pada 2010 membantu Ketua Tukang Masak Jamuliddin Elias, 54, menyediakan hidangan kepada sukarelawan Food Flotilla For Myanmar.

Bersama isteri, Rosfazilah Mohd Noor, 51, dan lapan pembantu, mereka diberi tanggungjawab menyediakan makanan kepada 195 sukarelawan termasuk lima kru sepanjang misi ini.

Katanya, menu yang disediakan adalah masakan Asean, Eropah dan vegetarian sesuai dengan sukarelawan pelbagai negara di kapal.

"Bekalan yang kita bawa ialah daging lembu dan kambing, ikan dan ayam.

"Insya-Allah ia cukup. Sampai di Yangon nanti saya akan tambah bekalan mengikut jumlah diperlukan. Apa yang penting, semua di atas kapal dapat makan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 11:45 AM