Kapten kapal Nautical Aliya, Kapten Mohd Firdaus Faisal Mohamad melihat peta kedudukan kapal pada misi Food Flotilla For Myanmar. FOTO Syarafiq Abd Samad
Kapten kapal Nautical Aliya, Kapten Mohd Firdaus Faisal Mohamad melihat peta kedudukan kapal pada misi Food Flotilla For Myanmar. FOTO Syarafiq Abd Samad
Yusmizal Dolah Aling


Selat Melaka: Kerja pemunggahan untuk mengasingkan barangan yang diserahkan kepada kerajaan Myanmar akan dilakukan pagi esok.

Ketua Misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, barangan terdiri daripada 300 tan beras, mi segera (50,000 paket), air mineral (12,000 botol) dan kit kebersihan (10,000) akan diletakkan di kontena paling depan bagi memudahkan pemindahan nanti.

Katanya, ia dijangka mengambil masa dua hari dan pihaknya akan memastikan ia selesai sebelum tiba di Pelabuhan Yangon, 8 Februari nanti.

"Tahap keselamatan juga kita ketatkan dengan semua sukarelawan tidak dibenarkan berada di kawasan luar kapal selepas 10 malam," katanya.

Setakat jam 12.45 tengah hari tadi, Nautical Aliya mula memasuki laut terbuka menuju Lautan Andaman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 3:07 PM