MARK Cavendish (tengah) melintasi garisan penamat selaku pemenang. FOTO AFP
MARK Cavendish (tengah) melintasi garisan penamat selaku pemenang. FOTO AFP
AFP

Saint-Vulbas: Mark Cavendish mencipta sejarah Tour de France apabila mengatasi rekod Eddy Merckx dengan memenangi peringkat perlumbaan kali ke-35.

Pelumba veteran berusia 39 tahun itu mengatasi rekod Merckx, yang bertahan sejak 1975, apabila dia memenangi peringkat perlumbaan kelima tahun ini berhampiran Alps selepas menyamai rekod Merckx pada 2021.

"Ia adalah Tour de France ke-15 saya dan ia memerlukan banyak usaha untuk sampai ke sini," kata Cavendish di garisan penamat.

"Saya dikelilingi oleh orang-orang yang luar biasa dan saya terhutang budi kepada mereka.

"Kami mungkin tidak dapat melakukannya sebagai satu pasukan seperti yang dimahukan tetapi barisan pelumba lain membawa saya ke posisi terbaik," kata Cavendish yang melakukan penampilan pertama di Tour de France pada 2008 sebelum menjadi juara dunia lebuh raya tiga tahun kemudian.

Dengan kejayaan terbaru itu, Cavendish memberi isyarat jelas dirinya belum lagi bersedia untuk bersara.

"Saya sukakan perlumbaan ini dan gembira apabila menyertainya. Saya menontonnya dan saya akan cuba terus melakukannya," kata Cavendish yang juga pernah memenangi peringkat perlumbaan di Giro d'Italia dan Vuelta a EspaƱa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2024 @ 2:20 AM