GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola keranjang di sebuah kolej swasta di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, mangsa dikejarkan ke hospital di Cheras pada 10.12 malam.

"Jabatan kecemasan hospital berkenaan menerima mangsa berusia 41 tahun berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan dia kemudian disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menyalurkannya kepada Ketua Polis Balai Cheras, Inspektor Toh Chee Haur di talian 0392050301 sambungan 302.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2024 @ 11:15 PM