Mark Zuckerberg
Mark Zuckerberg

Los Angeles: Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menyangkal laporan dia merancang bertanding untuk menjadi presiden Amerika Syarikat pada pilihan raya 2024.

Satu sumber yang rapat dengan bilionair berusia 32 tahun itu berkata: “Zuckerberg sendiri memberitahu saya. Dia tidak berminat untuk bertanding merebut jawatan presiden Amerika Syarikat.”

Berita mengenai kemungkinan Zuckerberg bertanding tersebar selepas dia mengumumkan lawatan ke 30 negara di Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada cara untuk memahami kesan globalisasi dan teknologi terhadap komuniti.

Khabar angin itu semakin kuat apabila dia mengambil bekas ketua kempen Barack Obama, David Plouffe untuk bekerja dengannya dan menggunakan khidmat jurugambar profesional untuk merakam gambarnya apabila dia melakukan lawatan ke luar negara atau menyertai acara kemasyarakatan.

Dalam kenyataannya menerusi Facebook, Zuckerberg yang sebelum ini berfahaman atheis, berkata, dia kini dapat merasakan betapa pentingnya ‘agama’ dalam kehidupannya.

Antara satu syarat yang perlu bagi mereka yang hendak bertanding merebut jawatan presiden di Amerika Syarikat ialah mereka mesti penganut satu agama. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 5:17 AM