AKSI Zuckerberg di kejohanan seni mempertahankan diri jiu-jitsu . FOTO Instagram
AKSI Zuckerberg di kejohanan seni mempertahankan diri jiu-jitsu . FOTO Instagram
AFP

San Francisco: Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang mengambil bahagian dalam sukan seni mempertahankan diri jiu-jitsu berjaya membawa pulang emas dan perak.

Pertandingan itu diadakan di Woodside High School di California berhampiran ibu pejabat Silicon Valley Meta, syarikat Zuckerberg yang memiliki Facebook, Instagram dan WhatsApp.

"Bertanding dalam kejohanan jiu-jitsu pertama saya dan memenangi beberapa pingat untuk pasukan Gerila Jiu-Jitsu," tulis Zuckerberg di Facebook dan Instagram.

Jutawan teknologi berusia 38 tahun itu ketika ditemubual tahun lalu memaklumkan dia mula belajar seni mempertahankan diri semasa pendamik Covid-19 melanda dunia.

Dia bahawa sukan itu membantunya meningkatkan tahap tenaganya dan menangani cabaran di tempat kerja.

Zuckerberg mendalami seni itu dengan berlatih di bawah kendalian jurulatih Dave Camarillo, yang sudahpun melahirkan beberapa juara seni mempertahankan diri campuran (MMA) UFC.

Seorang lagi jurulatih, Khai 'The Shadow' Wu, turut mengucapkan tahniah kepada taikun itu.

"Semalam dapat melihat Zuck bertanding cukup epik. Tiada perlawanan yang mudah dan semuanya diraih.

"Ia adalah satu penghormatan dapat membantu jurulatih dan menawarkan nasihat yang saya boleh," tulis Wu di Instagram.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2023 @ 10:26 AM