Kanye rayu Zuckerberg dengan alasan kekurangan sumber kewangan. FOTO REUTERS
Kanye rayu Zuckerberg dengan alasan kekurangan sumber kewangan. FOTO REUTERS
Susunan Oleh Michelle Gun


Penyanyi rap Kanye West menerusi akaun sosial Twitter meminta pengasas Facebook, Mark Zuckerberg melaburkan RM4.13 bilion untuk ideanya.

Semalam, West, 38, membuat pengakuan terbuka di Twitter dengan mendakwa berdepan masalah hutang peribadi sebanyak RM218.9 juta.

Selang beberapa jam kemudian, suami Kim Kardashian itu memuat naik beberapa status yang dipercayai ditujukan kepada Zuckerberg.

Menurut portal BBC, West seolah merayu Zuckerberg membantunya dengan alasan kekurangan sumber kewangan untuk merealisasikan kemampuannya.

Kenyataan West sukar dipercayai kerana Forbes melaporkan penyanyi itu meraih pendapatan mencecah RM90.8 juta tahun lalu.

Baru-baru ini, penyanyi itu melancarkan koleksi terbaru jenama pakaian Yeezy dan bakal melancarkan album The Life of Pablo tidak lama lagi.

Penyanyi itu pernah menyatakan hasrat ingin berkempen untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat pada 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 8:52 PM