Keadaan kawasan perumahan yang dinaiki air di Taman Sungai Gemas, Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman.
Keadaan kawasan perumahan yang dinaiki air di Taman Sungai Gemas, Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Seremban: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 186 orang setakat 5.30 petang hari ini berbanding 140 orang pada jam 4 petang tadi.

Pengarah bomba negeri, Norazam Khamis berkata, mangsa banjir di Taman Sungai Gemas dan Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Tampin meningkat masing-masing 91 penduduk.

Katanya, empat mangsa lain adalah penduduk Kampung Jeram Panjang, Jempol yang kini ditempatkan di balai raya kampung itu.

"Bagi 182 mangsa banjir di Tampin, mereka kini berteduh di Dewan Besar Gemas serta Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan pemantauan daripada semasa ke semasa berhubung banjir terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 6:36 PM