Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Laluan di Kilometer 43, Jalan Tampin-Gemas berhampiran FELDA Sungai Kelamah, dekat sini yang rosak akibat banjir, kelmarin dibuka semula jam 5 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) negeri Leftenan Kolenan Kamal Mokhtar berkata, lalaun itu dibaikpulih pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak pagi semalam hingga awal pagi tadi.

Katanya, pemeriksaan akhir dibuat JKR berpuas hati dengan pembaikan itu dan ia kini boleh digunakan semua jenis kenderaan.

Beliau berkata, dalam perkembangan banjir, jumlah mangsa masih kekal 666 individu membabitkan 177 keluarga yang dipindahkan di pusat pemindahan di Tampin.

Menurutnya, semua mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai kelamah, Balai Raya Sungai kelamah, Balairaya Parit Buloh dan SK Kampung Ladang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2016 @ 11:25 AM