LINGARD
LINGARD
ROONEY
ROONEY
AFP

Stoke-on-Trent, England: Jesse Lingard mungkin melihat dirinya sebaris Wayne Rooney di bangku simpanan Manchester United tetapi bagi penyerang itu, penjaring terbanyak kelab itu masih menjadi idolanya.

Rooney mengatasi jumlah jaringan Bobby Charlton iaitu 249 gol buat United apabila sepakan percumanya yang melencong pada saat terakhir memastikan pasukan mereka seri 1-1 dengan Stoke City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu.

Jaringan ke-250 Rooney sepanjang karier gemilangnya di United hanyalah yang kelima buat pemain berusia 31 tahun itu sepanjang musim ini dan ia satu peringatan terhadap kelas tersendiri dimiliki penyerang itu selepas diletakkan sebagai pemain simpanan sepanjang musim ini.

Pengurus United Jose Mourinho beralih kepada penyerang muda seperti Lingard dan Marcus Rashford begitu juga kapten veteran England Rooney, di mana ketiga-tiganya tampil daripada bangku simpanan ketika United memburu gol penyamaan di Stadium Britannia.

Namun Rooney mendapatkan mata yang dicari dan mengekalkan rekod tanpa kalah United kepada 17 perlawanan semua pertandingan dan memecahkan rekod 44 tahun yang dicatat legenda England, Charlton.

“Ia satu rekod cemerlang dan bagi penyerang muda, Wayne adalah contoh terbaik bagi mereka dan kami melihatnya sebagai seorang pemimpin hebat dan idola,” ujar Lingard, 24.

“Perasaan bercampur-baur selepas itu tapi kami sedar ia satu rekod hebat dicatatkan Wayne dan standard hebat yang perlu diikuti pemain muda.

“Ia satu penyudah yang hebat. Jika kami bermain lebih lama, sudah pasti kami akan menang. Kami mencipta banyak peluang sepanjang perlawanan tapi itulah bola sepak.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 10:15 AM