Los Angeles: Sebuah kereta mayat bersama-sama mayat di dalamnya dicuri di luar sebuah gereja di sini menjelang satu upacara pengebumian semalam.

Akhbar Los Angeles Times melaporkan, kereta mayat itu diletakkan di luar Gereja Baptist Ebenezer sementara pegawai mengatur bunga untuk upacara pengebumian seorang remaja, Jonte Lee Reed, 19, di dalam gereja.

Sebaik menyedari kehilangan kenderaan itu, pengurus berkenaan meminta bantuan rakannya mencari kereta itu.

Keluarga Reed yang dimaklumkan mengenai kejadian itu turut membantu dan menahan kereta itu tidak jauh dari tempat ia dicuri.

Menurut laporan media tempatan, polis menahan pencuri kereta mayat itu dan menghantarnya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 5:07 AM