LIZA Abdullah dan Syazwan Zulkifly.
LIZA Abdullah dan Syazwan Zulkifly.
BARISAN pelakon 7 Hari Mencintaiku.
BARISAN pelakon 7 Hari Mencintaiku.
ANTARA babak 7 Hari Mencintaiku.
ANTARA babak 7 Hari Mencintaiku.
ANTARA babak 7 Hari Mencintaiku.
ANTARA babak 7 Hari Mencintaiku.
Amirul Haswendy Ashari


Tiada siapa boleh menyangkal penangan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku yang disiarkan TV3 menerusi slot Akasia apabila mencatat jumlah keseluruhan tontonan 12 juta.

Hampir setiap minggu, beberapa babak drama itu menular ke laman sosial. Malah, barisan pelakonnya turut mendapat tempias.

Antara yang terkesan, Syazwan Zulkifly, 29, membawa watak Helmi dan Liza Abdullah, 54, (Mak Leha) yang selama ini banyak berlakon drama sebagai ibu tetapi penangan drama itu cukup besar kepadanya.

Liza berkata, drama itu berjaya kerana kerjasama cemerlang daripada semua pihak dan tidak tahu rating 7 Hari Mencintaiku mencatat satu fenomena.

Katanya, dia dapat tahu ketika berada di sempadan Singapura ketika dalam perjalanan menghadiri karnival jualan.

“Saya terkejut beberapa peminat yang ditemui ucap tahniah. Apabila menelefon rakan saya di Malaysia, dia berkata jumlah 12 juta berjaya dicapai.

“Saya berkongsi berita gembira itu ketika naik pentas utama tetapi reaksi mereka membuatkan saya terkesima dan hampir menangis. Sambutan diberikan peminat di sana sangat luar biasa.

“Saya begitu dihargai di Singapura. Semua yang ditemui memuji saya sebagai Mak Leha. Jujurnya, saya tak pernah rasa seperti itu sebelum ini,” katanya.

Dia yang sering dicalonkan untuk pelakon terbaik dalam drama di Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa sejak 1980-an itu berkata, masyarakat tidak tahu pengorbanan produksi di set penggambaran.

Katanya, walaupun ribuan episod drama sudah dilakonkannya, setiap cerita ada pengalaman berbeza.

Liza menyifatkan skrip drama itu antara yang mencabar dan terbaik pernah dilakonkan terutama watak dalam cerita yang disifatkan boleh ‘pergi jauh’ termasuklah watak Buntat yang tular beberapa minggu lalu.

“Selain kerjasama kru produksi, ketegasan pembantu pengarah (AD), Amy Nawari juga memainkan peranan penting agar pelakon tidak ‘syok sendiri’.

“Amy tegas walaupun salah sikit saja. Dia tidak kira sama ada pelakon itu Siti Saleha, Shukri Yahaya mahupun Aman Graseka, dia akan tegur.

“Biasanya pelakon beranggapan setakat salah satu dua ayat atau reaksi, hal biasa saja tapi tidak bagi Amy,” katanya.

Melihat kerja keras dan usahasama antara kru, Liza mengesyorkan diwujudkan anugerah khas untuk mengangkat kerjasama berpasukan dalam produksi seperti yang sering dilakukan pada acara anugerah luar negara.

Sementara itu, Syazwan pula jarang keluar rumah atau melepak dengan kawan lantas kurang pasti kesan yang dilalui hasil drama itu.

Namun katanya, dia tidak menafikan kesan terbesar pada media sosial selepas ditegur rakan serumah mengenai komen dan pengikutnya di laman sosial Instagram.

“Jika dulu satu foto dimuat naik sekadar mendapat jumlah ‘like’ dua tiga ribu sahaja tapi kini mencecah hampir 20,000.

“Komen peminat pun sama. Dulu sekadar 20 ke 30 komen sahaja, kini mencecah hampir 700 komen pada satu foto!” katanya terkejut.

Syazwan akui kejayaan drama itu hasil kerjasama daripada kru produksi yang melakukan tugas dengan betul tanpa memikirkan hasil akhir.

Walaupun sudah beberapa kali membawa watak serupa, cabaran kali ini pada dialog dengan watak ibu lakonan Liza menggunakan panggilan ‘aku dan mak’.

Katanya, andai tersalah panggil, pasti kedengaran kurang ajar jika terlepas memanggil watak ibu sebagai kau.

“Saya dan Kak Liza sentiasa berlatih dialog bagi memastikan penggunaan ‘aku kau’ tidak terlepas dan melampaui batas. Satu lagi cabaran pada watak saya sebab transisi daripada antagonis kepada protagonis.

“Payahnya sebab nak bagi nampak logik di mata penonton. Penonton kita mahukan penceritaan yang realisme dan itulah yang saya cuba sampaikan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2017 @ 5:07 AM